Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta kerana disyaki menyeludup lebih sembilan kilogram dadah. Foto, TVS.

Rakyat Malaysia ditahan cuba seludup lebih 9 kg dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta

ByTVS

JAKARTA, 10 Okt: Seorang rakyat Malaysia ditahan selepas disyaki cuba menyeludup masuk 9.3 kilogram (kg) dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 855 gram ketamin ke Indonesia melalui pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.

Suspek berusia 38 tahun itu ditahan pada 23 September lepas.

Siasatan mendapati dia yang tiba dari Kuala Lumpur menyembunyikan barang terlarang itu dalam 278 beg kopi segera dibawanya yang diikrar sebagai beg pakaian.

Pengarah Kastam lapangan terbang berkenaan, Gatot Wibowo berkata ketika suspek tiba di terminal, pegawainya yang berasa curiga telah menjalankan pemeriksaan teliti.

“Pegawai mendapati serbuk dalam uncang kopi itu merupakan dadah jenis MDMA dan ketamin menerusi ujian dijalankan.

“Suspek mengaku kali pertama melakukan perbuatan itu dengan upah RM5,000,” katanya.

Kastam Indonesia katanya kini bekerjasama dengan polis melakukan siasatan lanjut kes berkenaan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan