Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Amerika Syarikat menyatakan ekonomi sebagai isu terpenting daripada 22 isu yang mempengaruhi undi presiden mereka. Foto Envato

Ekonomi jadi isu terpenting dalam Pilihan Raya Presiden

ByBernama

WASHINGTON, 10 Okt: Rakyat Amerika Syarikat menyatakan ekonomi sebagai isu terpenting daripada 22 isu yang mempengaruhi undi presiden mereka, menurut tinjauan Gallup yang dikeluarkan pada Rabu, lapor Sputnik.

Lima puluh dua peratus daripada tinjauan mengatakan ekonomi mempunyai pengaruh “sangat penting” terhadap undi mereka – peratusan tertinggi sejak 55 peratus dilaporkan semasa krisis kewangan global pada Oktober 2008. Selain itu, 38 peratus responden menyifatkan ekonomi sebagai mempunyai pengaruh “amat penting” terhadap undi mereka.

Sebanyak 54 peratus responden melihat calon presiden Republikan, Donald Trump lebih berkemampuan daripada pesaing Demokratnya, Kamala Harris dalam mengendalikan isu ekonomi. Responden dalam kalangan penyokong Republikan atau yang cenderung kepada Republikan juga lebih berkemungkinan menilai ekonomi sebagai “sangat penting” (66 peratus) berbanding penyokong Demokrat (36 peratus).

Majoriti responden juga melihat Trump lebih berkeupayaan menangani isu imigresen (54 peratus) dan hal ehwal luar negara (52 peratus), manakala kebanyakan responden melihat Harris lebih berkemampuan dalam menangani perubahan iklim (61 peratus), pengguguran (56 peratus), dan penjagaan kesihatan (54 peratus). Responden pula berbelah bahagi mengenai dasar senjata api. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan