Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan pembukaan Ibu Pejabat Shell Malaysia Upstream Miri. Foto Salasiah Safian (TVS)

Ibu pejabat Shell di Miri serba canggih, cekap tenaga

BySalasiah Safian

MIRI, 10 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam tadi menyempurnakan pembukaan Ibu Pejabat Shell Malaysia Upstream Miri.

Shell Berhad dalam kenyataan berkata, bangunan cekap tenaga dan moden itu dikenali sebagai One Shell Square Miri (OSSM) adalah untuk operasi hiliran selain melambangkan era baharu inovasi serta pertumbuhan di rantau ini.

Ia dimiliki dan diuruskan Pantai Bayu Sdn Bhd yang mana Shell merupakan penyewa utama.

OSSM turut menyediakan beberapa stesen pengecas kereta elektrik yang boleh digunakan orang awam.

Lebih menarik lagi, sebanyak 100 panel PV solar dipasang bagi menjana kira-kira 80,000KWH tenaga bersih setiap tahun.

Selain itu, sistem penuaian air hujan yang canggih digunakan untuk menyiram tumbuh-tumbuhan di taman yang terletak di aras satu bangunan OSSM.

Di bangunan OSSM, terdapat Shell Cafe pertama di Sarawak yang menawarkan campuran kopi istimewa dan pelabagai jenis makanan seperti pastri, pasta dan lain-lain termasuk pilihan tanpa daging.

Dalam menerapkan elemen mesra alam dan jimat tenaga, OSSM menampilkan panel kaca Low-Emissivity (Low-E) yang meminimumkan cahaya inframerah dan ultraunggi sambil memaksimumkan cahaya siang semula jadi.

Inovasi tersebut bukan sahaja menyediakan bahagian dalam bangunan dengan banyak cahaya tetapi mengekalkan haba, mengoptimumkan kecekapan pencahayaan dan penyaman udara ketara.

OSSM turut memperkenal sistem lif destinasi lanjutan (advanced floor destination elevator system) yang pertama di Sarawak bagi mengurangkan masa menunggu pada waktu puncak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan