Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Hazwan Bakri rekrut terbaharu Kuching City FC. Foto KCFC

Bekas bintang JDT, Hazwan Bakri disambar Kuching City

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 9 Sept: Pengurusan Kuching City FC terus memantapkan pasukan pada jendela perpindahan Liga Super 2024/2025 dengan membawa masuk bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook kelab hari ini.

Kehadiran Ahmad Hazwan ke Petra Jaya menyaksikan bekas penyerang Johor Darul Takzim (JDT) itu akan kembali beraksi dalam saingan liga tertinggi negara selepas 10 bulan berehat akibat kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL).

Pemain berusia 33 tahun itu dikenali sebagai penyerang berbisa apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan sewaktu beraksi untuk Selangor pada 2015.

Kemasukkan pemain berasal dari Labuan itu dijangka akan menambah sengat jentera serangan skuad The Cats dalam usaha pasukan itu memburu kedudukan kelompok tiga terbaik liga.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak kini berada di kedudukan keempat liga dengan 14 mata hasil tiga kemenangan, lima seri dan satu tewas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan