Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ambulans Hospital Betong yang terlibat dalam kemalangan dengan treler di Jalan Sri Aman/Sarikei di kawasan Memaloi di sini, awal pagi tadi, dalam perjalanan balik setelah menghantar pesakit ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching. Foto IPD Sri Aman

Ambulans Hospital Betong terbabit kemalangan dengan treler dalam perjalanan balik hantar pesakit

SRI AMAN, 9 Sept: Ambulans Hospital Betong yang terlibat dalam kemalangan dengan treler di Jalan Sri Aman/Sarikei di kawasan Memaloi di sini, awal pagi tadi, dalam perjalanan balik setelah menghantar pesakit ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.

Kejadian jam 4 pagi itu menyebabkan ambulans berkenaan rosak teruk dan terbalik mengakibatkan pemandu ambulans, Tan Tze Yen,45, mengalami kecederaan dalaman manakala jururawat, Lizawati Mohammad,42, retak bahagian muka, patah tangan kiri dan patah kaki kiri.

Pemandu, jururawat cedera parah, ambulans KKM langgar belakang treler

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.32 pagi.

“Maklumat awal kemalangan jalan raya ini melibatkan sebuah treler yang rosak dan di parkir di bahu jalan serta telah meletakkan tanda segitiga jarak lebih kurang 50 meter dari belakang lori dan lampu hazard juga dipasang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiba-tiba kenderaan tersebut dilanggar sebuah ambulans Hospital Betong di bahagian belakang sebelah kanan yang dalam perjalanan balik setelah menghantar pesakit ke HUS.

“Kedua-kedua mangsa iaitu pemandu ambulans dan jururawat mengalami kecederaan telah dibawa oleh pihak ambulans ke Hospital Sri Aman bagi mendapat rawatan.

“Pemandu treler berusia 54 tahun yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan dan dibawa ke Balai Trafik IPD Sri Aman untuk tindakan lanjut,’ ujarnya.

Katanya, lokasi kemalangan adalah di jalan lurus sehala dua lorong dan jalan tengah bertanda.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan