Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat individu termasuk dua wanita yang merupakan suspek kes pecah rumah seorang pempengaruh media sosial di Pokok Sena di sini pada April lalu berjaya diberkas polis hari ini. Foto, TVS.

Empat suspek pecah masuk rumah pempengaruh media sosial ditahan polis

ByTVS

KEPALA BATAS, 6 Jun: Empat individu termasuk dua wanita yang merupakan suspek kes pecah rumah seorang pempengaruh media sosial di Pokok Sena di sini pada April lalu berjaya diberkas polis hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Zulkeflee Sulaiman berkata, suspek berusia 20 hingga 27 tahun itu ditahan di hadapan Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi.

Jelas beliau, tangkapan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara itu dibuat sebaik kesemua suspek selesai prosiding membabitkan satu kes pecah rumah di ibu negara.

“Pihak polis turut merampas sejumlah barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit, namun kita akan panggil pengadu untuk membuat pengecaman.

“Kita percaya berjaya selesaikan kes pecah rumah dan larikan barang kemas usahawan tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang pempengaruh yang juga usahawan pencuci mulut popular di laman TikTok mendakwa kerugian kira-kira RM800,000 selepas rumahnya dipecah masuk 25 April lalu.

Kejadian itu disedari mangsa semasa dia dan suami pulang dari kedai apabila mendapati tingkap rumah telah diumpil.

Perompak dikatakan menyasarkan sebuah bilik dan mengambil peti besi, duit raya bersama barang kemas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan