Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman merasmikan Majlis Pelancaran Mesin ATM Alinma Bank di Bangunan Land Premium di sini, pada Rabu. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: TH sedia tiga mesin ATM di hotel penginapan jemaah Malaysia

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 6 Jun: Lembaga Tabung Haji (TH) menyediakan tiga buah mesin juruwang automatik (ATM) di tiga bangunan penginapan jemaah haji Malaysia untuk dimanfaatkan mereka di sini.

Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, inisiatif pihaknya direalisasikan bersama Alinma Bank.

“Mesin ATM ini amat penting kerana sejak daripada tahun 2022 lagi TH tidak lagi menyediakan kaunter pengeluaran wang di bangunan penginapan jemaah haji, jadi para jemaah haji hendaklah menggunakan kad debit bank islam untuk mengeluarkan wang daripada ATM untuk perbelanjaan mereka di tanah suci.

“Kita juga telah bekerjasama dengan pihak Bank Islam untuk menyediakan kad debit (Tabung Haji X Bank Islam) yang mempunyai kelebihannya kerana apabila jemaah menggunakan kemudahan ini di Tanah Suci semasa musim haji, pengeluaran bagi setiap transaksi tidak akan dikenakan sebarang caj,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Mesin ATM Alinma Bank di Bangunan Land Premium di sini, pada Rabu.

Syed Saleh menambah, kemudahan ini juga membolehkan jemaah haji Malaysia lebih mudah untuk membuat pengeluaran wang tanpa perlu berjalan jauh mencari ATM di kawasan lain.

Ia juga katanya bagi mematuhi peraturan baru Kerajaan Arab Saudi, di mana perkhidmatan kaunter pengeluaran wang yang disediakan sebelum ini telah ditamatkan sejak tahun 2022.

Dalam pada itu menurutnya, kemudahan mesin ATM di sini membolehkan jemaah haji mengeluarkan wang mengikut keperluan dan boleh mengurangkan risiko keciciran dan kecurian wang.

Antara lokasi yang menempatkan kemudahan mesin ATM ini adalah seperti di Ibu Pejabat Abraj Janadriyah yang terletak di Zon A, Kompleks memberli belah Menara Jam bagi Zon B, Hotel Rehab Al-Janadriyah bagi Zon C dan di Hotel Land Premium bagi Zon D.

Ujarnya lagi kesemua 12 bangunan penginapan jemaah haji yang terletak di 4 Zon yang berbeza kini mempunyai akses pencapaian mesin ATM yang boleh dimanfaatkan 31, 600 jemaah haji Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan