Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jojo tidak akan bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung Ogos ini.

Jojo tidak bertanding SUKMA, terikat dengan kontrak One Championship

ByTVS

KUCHING, 4 April: Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo tidak akan bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung Ogos ini.

Presiden Muay Thai Sarawak, Jumaat Ibrahim berkata Jojo masih terikat dengan kontrak One Championship, justeru menyebabkan beliau tidak dapat mewakili Sarawak.

Jumaat Ibrahim. Foto TVS

“Kita pun tidak boleh memaksa walaupun ramai rakyat Sarawak yang mahukan Jojo mewakili negeri, beliau masih ada perjanjian kontrak dan tidak boleh melanggar perjanjian tersebut,” ujarnya ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Muay Thai Sarawak di sini pada Rabu.

Tambah beliau, senarai pendek atlet Muay Thai yang akan mewakili SUKMA 2024 hanya akan diketahui selepas Hari Raya Aidilfitri malah persiapan atlet untuk sukan SUKMA berada pada tahap memuaskan.

“Setakat ini kita masih dalam ‘long list’. Selepas Raya nanti kita akan ada senarai pendek. Sebelum itu, kita akan mengadakan Premier Cup di Bintulu pada 24 hingga 26 Mei untuk memilih wakil yang akan mewakili SUKMA.

“Untuk senarai pendek mungkin kita memerlukan dalam 15 orang atlet termasuk lelaki dan wanita,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan