Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas meninjau projek pembinaan jalan menuju ke Jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau. Foto MIPD

Jambatan Batang Lupar 1 dijangka dibuka pada Januari 2026

BySharifah Anira

KUCHING, 3 Mac: Jambatan Batang Lupar 1 di Sebuyau dijangka siap pada Disember 2025 sekali gus dibuka kepada pengguna pada Januari 2026.

Justeru, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jalan menuju ke jambatan sepanjang 5.7 kilometer perlu siap pada November tahun depan.

Jalan persisir baharu dan Jambatan Batang Lupar II diharap siap serentak – Uggah

“Ada beberapa isu (pembinaan jalan) tetapi nampaknya ia telah diselesaikan sekarang untuk dinilai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor bagi memastikan ia dapat disiapkan.

“Kami telah bersetuju agar jalan bernilai RM107.5 juta itu disiapkan terlebih dahulu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata jalan bernilai RM106 juta yang menghubungkan Jalan Kampung Tanjung Bako dan Jalan Kuching/ Samarahan telah diserahkan kepada kontraktor baharu pada 8 Ogos 2023.

Projek yang kini mencapai kemajuan 5.20 peratus berbanding jadual asal 4.55 peratus, dijangka siap pada Februari 2026.

Mengenai kerja-kerja menaik taraf Jalan Padawan (Fasa 1), beliau berkata kontraktor baharu telah mengambil alih projek pada 16 Februari.

“Kita berharap ia akan siap pada 15 Ogos 2026,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan