Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Zulkifli Osman merasmikan produk baharu ZIAS Catering pada Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Kota Samarahan 2024, hari ini. Foto Amirah Shawel (TVS)

Usahawan desa perlu keluar kepompong perniagaan mikro – MARA

ByAmirah Shawel

KOTA SAMARAHAN, 2 Feb: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan lebih ramai usahawan desa di Sarawak mampu keluar daripada kepompong perniagaan mikro kepada usahawan berstatus perniagaan kecil pada tahun ini.

Usahawan desa perlu keluar daripada status mikro kepada kecil | TVS

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman berkata hampir 90 peratus usahawan bumiputera tergolong dalam status mikro dengan pendapatan tahunan RM300,000.

Datuk Zulkifli Osman semasa merasmikan produk baharu ZIAS Catering di Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Kota Samarahan 2024. Foto Amirah Shawel (TVS)

“Di Sarawak pada masa ini kita ada lebih 3,000 usahawan yang menerima bantuan daripada MARA dan pihak kami telah memperuntuk sekitar RM35 juta untuk pembangunan usahawan di Sarawak.

“Ini termasuk bantuan kewangan modal perniagaan, latihan dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui pada Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Kota Samarahan 2024, hari ini.

Menurutnya, MARA menyediakan ekosistem bantuan yang lengkap daripada aspek latihan, pembangunan perniagaan dan memberikan fasiliti sokongan seperti pembiayaan perniagaan, premis dan khidmat nasihat.

Beliau berkata MARA akan terus bersedia berkhidmat untuk mengembangkan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan