Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang menyempurnakan Majlis Perasmian Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @Kota Samarahan, pada Jumaat. Foto KKDW

KKDW bangunkan usahawan desa PICO beralih ke NANO, MIKRO – Rubiah

BySheera Abg Mansor

KOTA SAMARAHAN, 2 Feb: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat membangunkan usahawan desa kategori PICO untuk beralih kepada kategori NANO dan MIKRO.

Menurut Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang, kebanyakan usahawan desa di luar bandar terdiri dalam kalangan PICO.

KKDW komited bangunkan usahawan desa | TVS

“PICO bermaksud pendapatan mereka berdasarkan sara hidup atau cukup makan saja. Maksudnya dia dapat pendapatan untuk program keusahawanan untuk kehidupan cukup makan saja.

“Selepas itu, kita ada usahawan NANO iaitu pendapatan mereka lebih daripada RM60,000 hingga RM150,000 setahun dan seterusnya kita ada usahawan MIKRO dimana pendapatannya lebih daripada RM150,000.

“Namun begitu usahawan luar bandar ni kebanyakannya dibawah kategori PICO sebab itu hasrat kita nak bangunkan usahawan-usahawan kita menjadi NANO dan MIKRO,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @Kota Samarahan, pada Jumaat.

Rubiah dalam pada itu mengakui produk-produk yang dikeluarkan oleh usahawan desa berdaya pasaran yang tinggi untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Beliau memetik contoh Program ‘Get To Global’ anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berjaya mengeluarkan sebanyak 177 usahawan yang berjaya memasarkan produk mereka melangkaui tiga buah negara.

Sehubungan dengan itu katanya, KKDW telah menyatakan hasrat untuk membantu Kerajaan Sarawak dalam usaha membantu usahawan luar bandar bagi mengadakan lebih banyak program khas kepada golongan ini.

Selain itu katanya, penganjuran Mini KUD @ Kota Samarahan ini juga menjadi platform kepada usahawan-usahawan ini untuk mempamerkan produk mereka dan menyalurkan maklumat kepada mereka yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Program ini dijangka menerima kira-kira 30,000 pengunjung dengan sasaran transaksi jualan berjumlah RM300,000 sepanjang empat hari penganjurannya.

Lebih 100 usahawan luar bandar yang terlibat daripada pelbagai kategori seperti makanan dan minuman, pakaian, kecantikan dan kesihatan, kraftangan dan produk pertanian.

Mini KUD@Kota Samarahan juga melibatkan pameran KKDW dan agensi yang memfokuskan kepada keusahawanan, pendidikan, TVET@KKDW dan penawaran kemudahan pembiayaan perniagaan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan