Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga jenis bawang merah berjaya dihasilkan, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada bawang import. Foto hiasan Envato

Tiga jenis bawang merah berjaya dihasilkan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Tiga jenis bawang merah berjaya dihasilkan, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada bawang import.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demi memenuhi matlamat pengurangan import bawang sebanyak 30 peratus, Jabatan Pertanian Malaysia pada 24 Jan lepas telah memulakan penanaman Bawang Merah MARDI BAW-1 di kawasan seluas satu hektar di Kuala Bikam, Batang Padang, Perak.

Menurut beliau penyelidikan yang dijalankan pada tahun lepas telah menghasilkan tiga jenis bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3.

“Saya telah mengarahkan MARDI  (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia)  untuk memberikan tumpuan yang lebih serta memantau rapat pertumbuhan dan pengeluaran Bawang Merah MARDI BAW-1 ini.

“Data-data yang diperoleh nanti dapat membantu kementerian merangka pelan penanaman bawang merah tempatan ini secara besar-besaran,” kata beliau dalam hantaran Facebook miliknya.

Mohamad berkata krisis bekalan bawang yang berlaku pada 2020 akibat bencana banjir besar di India telah menyebabkan kenaikan harga bawang di pasaran lebih 30 peratus daripada RM6 kepada RM8 sekilogram.

Sebelum ini, ketika menyampaikan amanat tahun baharu 2024, beliau berkata kementeriannya akan memberi fokus untuk mengukuhkan industri bawang tahun ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan