Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 32,975 warga Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas. Foto AFP.

Ketua PBB rayu bantuan kemanusiaan ditingkatkan ke Gaza

ByBernama

ANKARA, 2 Feb: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres menyeru agar peningkatan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza disegerakan akibat masalah kebuluran, hilang tempat tinggal dan keruntuhan sistem kemanusiaan.

“Saya menyeru agar akses kemanusiaan dipercepat, selamat, tanpa halangan, diperluas dan berterusan di seluruh Gaza

“Rakyat di Gaza kelaparan. Seramai 1.7 juta orang telah hilang tempat tinggal. Sistem kemanusiaan semakin runtuh,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Guterres di platform X pada Khamis.

Israel telah melancarkan serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu hingga mengorbankan lebih 27,000 rakyat Palestin manakala lebih 66,000 cedera.

Serangan terbabit juga menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu telah rosak atau musnah, menurut PBB. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan