KUCHING, 2 Feb: Pelbagai jenis dadah bernilai RM7,494,453 dirampas sepanjang Januari ini dan 1,221 individu termasuk 82 tokan dadah sepanjang Januari ini diĀ Sarawak.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata polis turutĀ menyita harta disyaki hasil pendapatan pengedaran dadah bernilai kira-kira RM456,566.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata polis menahan 325 individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM64,034.42 dalam Op Tapis Khas yang dijalankan pada 29 hingga 31 Januari lepas.
“Kejayaan itu adalah hasil 292 serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan di beberapa kawasan āpot-pot aktifā, perumahan, perkampungan dan tempat yang digunakan untuk aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
“Keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 3,314 orang penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata daripada 325 individu yang ditahan, seramai 306 lelaki manakala 19 wanita yang berusia 16 hingga 69 tahun.
Dadah yang dirampas itu adalah jenis syabu 303.74 gram, ketamin sebanyak 1.27 gram, ganja 886.41 gram, pil eramin 0.25 gram dan serbuk ekstasi 5.35 gram.
Menerusi operasi itu, polis menangkap 27 individu tokan dadah melibatkan empat warga asing, 191 penagih dadah melibatkan enam warga asing, seramai 40 individu yang dikehendaki dan 67 individu disabit lain-lain kesalahan.
“PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan terus berusaha membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
“PDRM berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.



