Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas penyerang kebangsaan dan Pulau Pinang lewat era 60-an hingga awal era 80-an, Shaharuddin Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 75 tahun di Hospital Taiping, Perak, pagi tadi. Foto Football Association of Malaysia (FB)

Legenda bola sepak negara, Shaharuddin Abdullah meninggal dunia akibat asma

ByBernama

IPOH, 28 Dis: Bekas pemain bola sepak yang mewakili negara dalam Sukan Olimpik Munich 1972, Shaharuddin Abdullah meninggal dunia akibat penyakit asma pada usia 75 tahun di Hospital Taiping awal pagi tadi.

Anak keduanya Shahrina Shaharuddin, 42, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak pada kira-kira pukul 5.07 pagi.

“Arwah memang menghidap penyakit asma sejak dua tahun lalu, dan Sabtu lepas dia mengadu sakit jadi kami bawa ke hospital.

“Arwah kemudian ditidurkan pada hari sama dan oksigen pula tidak stabil. Selepas dimasukkan ke wad ada perkembangan positif pada Isnin lepas, namun beberapa hari ini tiada respon daripadanya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata jenazah akan disembahyangkan di Surau Nurul Hidayah Kampung Bukit Jana sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting selepas Zohor.

Shaharuddin yang pernah mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Munich 1972 bersama pasukan Harimau Malaya, meninggalkan tujuh orang anak.

Allahyarham yang diberi gelaran seperti ‘The Black Cat’ dan ‘Sharpshooter’ mula bermain untuk pasukan kebangsaan pada 1967. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan