Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Bernama.

Masjid, surau diminta adakan solat hajat doakan keselamatan mangsa banjir

ByBernama

PUTRAJAYA, 28 Dis: Masjid dan surau di seluruh negara dimohon mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara serta seluruh mangsa banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat bersimpati dan sedih akan musibah yang menimpa mangsa banjir di beberapa negeri yang terkesan sejak beberapa hari lalu.

“Semoga seluruh mangsa diberikan ketabahan dengan dugaan yang dihadapi ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mond Na’im berkata beliau juga telah mengarahkan agensi-agensi dan seluruh jentera JPM (Hal Ehwal Agama) untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan turun membantu mangsa-mangsa banjir menerusi tabung bantuan sedia ada.

Beliau sendiri bersama agensi-agensi di JPM (Hal Ehwal Agama) hari ini akan meninjau dan berusaha membantu mangsa banjir yang terkesan di negeri-negeri terjejas.

“Hari ini saya akan tiba di Kuala Lumpur setelah selesai urusan lawatan ke Dayah Madani, Acheh, Indonesia bagi memperkukuh kerjasama antara dua negara terutama melibatkan umat Islam dua negara serumpun.

“Lawatan ini telah saya singkatkan, berikutan kejadian banjir yang menimpa rakyat Malaysia,” katanya.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi banjir yang melanda negeri itu ketika ini

Sementara itu, Mohd Na’im turut merakamkan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan terutama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan seluruh agensi yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir.

Jumlah mangsa banjir di lima negeri terjejas banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah mencatatkan peningkatan kepada 28,032 orang pagi ini berbanding 25,763 orang malam tadi, yang ditempatkan di 137 pusat pemindahan sementara (PPS).

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat berbanding 19,423 orang pada 8 malam tadi. -TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan