Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing merakam kenangan bersama ahli-ahli parti SUPP Cawangan Bintangor pada Program Mobile Service 2 U. Foto Pusat Khidmat DUN Meradong

Program ‘Mobile Service 2 U’ Meradong diperluas ke tahun depan

BINTANGOR, 28 Dis: Program ‘Mobile Service 2 U’ merupakan platform bagi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintangor membantu masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata program berkenaan akan terus diperkasakan pada tahun depan.

Menurutnya, SUPP memilih lokasi tumpuan awam sebagai lokasi penganjurannya bagi memudahkan orang ramai mengadu dan mendapatkan khidmat nasihat berhubung masalah di kawasan masing-masing.

“Program Mobile Service 2 U telah berjalan banyak kali di Meradong pada tahun ini, respon yang kita terima amat menggalakkan malah, melalui kaunter terbuka yang disediakan kita berpeluang menyelami pelbagai masalah rakyat. Tidak sekadar itu, kita juga berpeluang menerangkan usaha pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan oleh kerajaan.

“Saya mahu SUPP Bintangor, meneruskan penganjurannya pada tahun 2024. Malah, saya juga berharap rakyat Meradong menggunakan peluang yang disediakan itu dengan sebaik-baiknya,” katanya ketika dihubungi selepas menghadiri Program Mobile Service 2 U SUPP Meradong di sini, hari ini.

Kuong Hiing yang juga Pengerusi SUPP Meradong berkata, kaunter dibuka kepada orang ramai di kawasan berlainan adalah untuk memudahkan penduduk mengemukakan aduan dan permohonan mengenai masalah yang mereka hadapi.

Antara isu yang sering dibangkitkan termasuklah berkaitan naik taraf jalan utama, tangki air, membaik pulih rumah, memohon bantuan kebajikan dan bantuan pertanian serta masalah dokumen pengenalan diri dan sebagainya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan