Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cliff, anjing pengesan JBPM Sarawak mati akibat tumor dalam pundi kencing. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Cliff, anjing pengesan JBPM Sarawak mati kerana tumor

ByMuqri Aziz

KUCHING, 26 Dis: Cliff, salah seekor anjing unit pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, dilaporkan mati akibat menghidap tumor dalam pundi kencing.

Khabar duka itu disahkan, pengarahnya Datu Khiruddin Drahman menerusi laman Facebook peribadi beliau hari ini.

Menurut Khiruddin, Cliff telah berkhidmat bersama JBPM Sarawak di bawah seliaan Steven Ambu di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian.

Sepanjang perkhidmatannya, Cliff banyak menabur bakti terutamanya dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seperti runtuhan di sebuah pusat membeli-belah iaitu CityOne Megamall di Kuching.

”Pemergian Cliff amat dirasai oleh seluruh pegawai dan anggota jabatan, khususnya dari JBPM Negeri Sarawak. Terima kasih atas jasa Cliff,” menurut hantaran beliau.

Cliff yang merupakan baka English Springer Spaniel berasal dari United Kingdom tersebut dilahirkan pada Januari 2016 dan memiliki kepakaran dalam cadaver. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan