Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan beberapa motosikal yang melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran pada operasi di Plaza Tol Sungai Dua semalam. Foto JPJ Pulau Pinang

Ubahsuai motosikal tanpa kebenaran antara 280 saman dikeluarkan JPJ

BUTTERWORTH, 26 Dis: Tindakan beberapa pengguna jalan raya melakukan pengubahsuaian motosikal yang menyalahi undang-undang mengundang padah apabila dikenakan tindakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi operasi di dua lokasi di sini, semalam.

Ops Khas Ambang Krismas selama lapan jam yang berakhir kira-kira 5 pagi itu membabitkan lokasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Sungai Dua.

JPJ Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, operasi berkenaan dibuat bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang serta pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Unit Operasi JPJ negeri mengeluarkan 280 saman atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

“Selain itu, terdapat motosikal yang mempamerkan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, tiada pelekat P, tiada cermin sisi dan ubah suai motosikal tanpa kebenaran,” katanya hari ini.

Sementara itu, kenyataan tersebut berkata, penunggang dinasihati mematuhi peraturan dan undang-undang selain memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan motosikal. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan