Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Cliff, dikebumikan di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Serian, hari ini. Foto TVS

Penghormatan terakhir buat Cliff, anjing pengesan bomba

SERIAN, 4 Jan: Anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Cliff,  dikebumikan di kawasan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, hari ini.

Pengarah JBPM Sarawak, Datu Khirudin Drahman turut memberi penghormatan terakhir kepada Cliff yang mati pada 25 Disember 2023 selepas menghidap tumor dalam pundi kencing.

Menurutnya, kematian anjing baka English Springer Spaniel dari Britain itu dilahirkan pada 1 Januari 2016 itu, wajar diberi penghormatan atas sumbangan besarnya sepanjang perkhidmatan di JBPM Sarawak.

“Sumbangan anjing ini terlalu besar dalam kejayaan operasi yang dijalankan, justeru sewajarnya penghormatan diberikan kepadanya yang mati dalam perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan I Steven Ambu yang merupakan pengendali Cliff berkata banyak kenangan manis dicipta bersama anjing itu sepanjang perkhidmatannya kerana dia telah banyak terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di dalam negeri.

Tambahnya, sifat Cliff yang sangat mesra membuatkanya disukai ramai.

Kematian Cliff amat dirasai oleh seluruh pegawai dan anggota jabatan, khususnya dari JBPM Negeri Sarawak.

“Banyak (tugasan dilakukan Cliff), saya tidak tahu yang mana satu lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Khirudin berkata JBPM diperuntukkan RM12 juta bagi menggantikan anjing pengesan yang sudah tua.

Proses penggantian anjing pengesan wajar dilakukan kerana dari segi kecekapannya akan menurun apabila mencapai usia tujuh tahun.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan