Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara motosikal yang berjaya dirampas daripada suspek. Foto: JSJ IPD Sibu

Tujuh kanak-kanak, remaja ditahan curi motosikal di Sibu Jaya

SIBU, 12 Dis: Tujuh kanak-kanak dan remaja lelaki berusia dari 11 hingga 15 tahun ditahan polis ekoran terlibat dalam kes curi motosikal di Taman Sibu Jaya di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, penangkapan kesemua suspek dilakukan pada hari yang sama susulan laporan polis dibuat oleh tiga pengadu.

“Pada 10 Disember, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Sibu dan Bahagian Ronda Cegah Jenayah, Balai Polis Sibu Jaya telah berjaya menangkap dua orang suspek bawah umur warga tempatan berusia 12 hingga 15 tahun.

“Tangkapan pertama tersebut telah membawa kepada penangkapan lima lagi suspek bawah umur yang berusia antara 11 hingga 13 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas tiga buah motosikal yang dilaporkan hilang.

“Kesemua suspek dan barang rampasan telah dibawa balik ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal polis mendapati kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes curi motosikal tersebut,” jelas kenyataan tersebut.

Zulkipli berkata, kesemua suspek akan direman selama dua hari mulai 11 hingga 13 Disember ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan

Di bawah Seksyen tersebut, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda. – TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found
Tags: curi Sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found