Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot pada perhimpunan bulanan bagi bulan November di IPD Limbang. Foto: TVS

Kes ‘scammer’ meningkat di Limbang, 58 kes direkod tahun ini

LIMBANG, 12 Dis: Kes jenayah komersil di Limbang menunjukkan peningkatan sebanyak 33 kes, iaitu direkodkan 58 kes yang dilaporkan tahun ini berbanding 25 kes tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata peningkatan kes-kes ini melibatkan jenayah penipuan dalam talian (scammer) yang direkodkan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot pada perhimpunan bulanan bagi bulan November di IPD Limbang. Foto: TVS

“Untuk kes jenayah komersial menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 33 kes, pada tahun ini dengan mencatatkan 58 kes berbanding hanya ada 25 kes pada tahun lepas, namun lain-lain jenayah statistik menunjukkan penurunan,” katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan bulanan bagi bulan November di IPD Limbang hari ini.

Kata Parum lagi, jenayah narkotik turut menunjukkan peningkatan sebanyak 45 kes berbanding tahun lepas manakala lain-lain kes menunjukkan trend penurunan.

Sementara itu, katanya polis berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah yang berlaku di perumahan Rangau dengan penangkapan seorang lelaki berusia 26 tahun yang menjalani hukuman penjara antara enam hingga sepuluh bulan.

“Dengan penangkapan suspek ini kita telah berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah di kawasan tersebut,”ujarnya lagi.

Berhubung kes pergaduhan yang viral pula, Parum berkata tujuh lelaki sudah diberkas bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan dan dua positif dadah hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan.

“Untuk kes viral pergaduhan baru-baru ini, kita telah menangkap setakat ini tujuh orang lelaki berumur 14 hingga 35 tahun dan dua orang didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan,” katanya.

Parum memberitahu lagi, polis Limbang sudah bersiap siaga untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang sering melanda negeri ini hampir pada setiap tahun.

Jelasnya, beberapa siri mesyuarat membabitkan semua agensi termasuk Pejabat Residen sudah dijalankan bagi memastikan semua pihak bersedia untuk menjalankan tugas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan