Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis makan malam Institusi Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Sarawak, di sini, malam tadi. Foto: UKAS

Abang Johari temui formula baharu, pengeluaran hidrogen lebih murah

ByOdleen Catherny

KUCHING, 11 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis penemuan beliau akan formula baharu dalam pengeluaran hidrogen yang lebih murah akan membawa pulangan positif kepada industri berkenaan selepas ini.

Perkara itu menurut beliau susulan penemuan baru-baru ini berkaitan hanya 15 kilowatt-jam (kWj) arus elektrik diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram (kg) hidrogen.

Premier Sarawak dianugerahkan, Anugerah Felo Kehormat daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan Asean

“Sebelum ini, difahamkan kira-kira 60 kWj kuasa diperlukan untuk menghasilkan jumlah hidrogren yang sama,” kata beliau pada majlis makan malam Institusi Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Sarawak, di sini, pada Jumaat.

Abang Johari berkata meskipun usaha penyelidikan bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Kerajaan Sarawak menyaksikan teknologi membran baharu yang secara ketara mengurangkan keperluan tenaga kepada 38 kWj.

“(Namun) minggu lalu, saya terbaca dalam jurnal bahawa mereka hanya menggunakan 15kWj untuk menghasilkan 1kg hidrogen. Jika itu berlaku, pengeluaran hidrogen akan lebih murah.

“Ada kemungkinan saintis menghasilkan elektroliser padat yang boleh lebih murah supaya pengeluaran hidrogen anda akan lebih murah,” ujar beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan