Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin ketika ditemui TVS selepas menghadiri Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN Edisi Sarawak di Dewan Asajaya, Tingkat 1 Hotel Grand Margherita,Kuching, pada Jumaat. Foto: TVS

INSKEN perkasa lebih ramai usahawan Sarawak kuasai Asas Pembangunan Produk

KUCHING, 11 Nov: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) akan mensasarkan program Asas Pembangunan Produk kepada usahawan di Sarawak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, program Asas Pembangunan Produk yang direka khas tersebut akan memberi kefahaman asas secara teori dan teknikal terhadap proses menghasilkan produk atau servis yang relevan dan bertahan dalam pasaran.

INSKEN perkasa pembangunan produk usahawan Sarawak | TVS

“Hasil dari pemerhatian saya kebanyakan usahawan di Sarawak mempunyai lambakan produk namun produk yang dihasilkan kurang berkualiti dan tidak menarik.

“Satu perkara yang kita perhatikan sedang berlaku sekarang dalam kalangan usahawan di Sarawak yang kurang ditekankan adalah Asas Pembangunan Produk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN Edisi Sarawak di Dewan Asajaya, Tingkat 1 Hotel Grand Margherita, Kuching, pada Jumaat.

Ujar Firdaus, program tersebut akan memberikan kefahaman asas secara teori dan teknikal (step-by-step) kepada bakal usahawan terhadap proses dan tips dalam pembangunan produk dan servis baharu atau untuk penambahbaikan produk servis sedia ada.

“Kita perhatikan ada banyak lambakan produk di market sekarang dan kita kena akui ada usahawan kita ini bermusim.Tiba-tiba semua orang buat kopi, semua orang buat sambal, semua orang buat pes.

“Rata-rata ramai usahawan mungkin terikut-ikut, tiada arah tuju dan itu merupakan antara faktor menyebabkan jualan hambar,” ujarnya.

Tambah Firdaus, dalam program tersebut terdapat pendedahan pelbagai topik.

“Kita hendak membantu mereka macam mana mereka hendak buat produk yang lebih baik. INSKEN juga mahu melahirkan ramai produk usahawan mendapat sambutan yang baik.

“Disamping itu juga, kita hendak pastikan setiap jualan yang mereka ada itu memberikan keuntungan yang berbaloi pada mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, INSKEN telah berjaya merekod lebih setengah juta lonjakan hasil jualan usahawan melalui program bimbingan yang diberikan kepada usahawan di Sarawak secara one-to-one tahun ini.

80 usahawan telah menerima bimbingan melalui tiga program laitu INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC ), INSKEN Bumiputera Business Coaching Bakeri (IBBC) dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.

Keseluruhannya berjumlah RM509,000 peningkatan hasil jualan telah dicipta oleh ketiga-tiga program ini, manakala 16 pekerjaan baharu dicipta melalui Program IBBC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan