Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jengkaut berkenaan tiba-tiba tergelincir ketika melalui lereng sehingga menyebabkan ia terjatuh ke dalam gaung pada kedalaman 30 meter. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Lelaki warga asing dikhuatiri maut, jengkaut jatuh gaung sedalam 30 meter

BELAGA, 7 Julai: Seorang pemandu jengkaut dikhuatiri terkorban selepas terperangkap di bawah jengkaut yang dikendalikannya terjatuh ke dalam gaung di kawasan curam Uma Kahei dekat sini petang, semalam.

Mangsa hanya dikenali sebagai ‘Ponsel’ merupakan lelaki rakyat Indonesia.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu, Penguasa Bomba Kanan (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata pihaknya menerima laporan kes itu pada jam 4.50 petang.

“Susulan itu sepasukan sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga telah dikejarkan ke lokasi kira-kira enam kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa terperangkap di dalam jengkaut,” katanya

Katanya, setelah membuat pemantauan di lokasi kejadian pasukan keluaran operasi mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah jentera berat tersebut.

“Usaha untuk mengeluarkan mangsa berdepan kesukaran dan tidak dapat dijalankan atas faktor cuaca. Operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 10.35 malam tadi dan akan disambung semula pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, katanya bantuan sebuah lagi jentera berat diperlukan untuk mengalihkan jengkaut tersebut.

Menurut Wan Kamarudin, kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang meratakan tanah di kawasan berkenaan bagi tujuan pertanian.

Tambahnya, jengkaut tersebut dikatakan tiba-tiba tergelincir ketika melalui teres yang baru dibina sehingga menyebabkan ia terjatuh ke dalam gaung pada kedalaman 30 meter. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan