Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Datuk Misnu Taha bersama tetamu kehormat yang lain pada Majlis Penangguhan Muktamar Masjid-Masjid Serantau di Kuching, malam tadi. Foto: TVS

Asfia saran inti pati khutbah Jumaat diolah lebih menarik dan relevan

KUCHING, 7 Julai: Inti pati khutbah Jumaat perlu lebih menarik dan relevan agar memberi kesan lebih mendalam umat Islam terutamanya golongan muda.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata adalah penting untuk mengintegrasikan ilmu sains serta memasukkan unsur-unsur keilmuan lain yang berkaitan ke dalam khutbah.

“Jadi, khutbah Jumaat di masjid atau khutbah ijab kabul, mesti dibuat cantik. Jangan takut dengan sains kerana perkataan sains boleh berbeza, maksud sains juga boleh berbeza.

“Dalam 1,000 ayat, terdapat 300 hukum hakam dan selebihnya sains. Jadi, masukkan sains supaya khutbah itu relevan kepada mereka,” katanya berucap menyempurnakan Majlis Penangguhan Muktamar Masjid-Masjid Serantau sempena sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Mufti Negeri Sarawak Datuk Kipli Yassin, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Datu Awang Suhaili Ledi, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Khalidi Ibrahim dan Pengarah Jabatan Mufti Sarawak Mual Suaud.

Misnu berkata, Muktamar Masjid-Masjid Serantau bermatlamat meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan institusi masjid sebagai pusat pengupayaan komuniti.

“Muktamar ini bertujuan untuk menerapkan amalan gaya kepimpinan dan pengurusan yang mantap, berintegriti, kreatif dan inovatif dalam merancang dan merangka pelbagai inisiatif strategik berdasarkan isu, masalah dan cabaran bagi komuniti setempat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan