Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhd Zul Adly Majeni (Atlet Tenpin Boling) dan Myron Khoo (jurulatih) bakal beraksi pada Sukan Olimpik Khas Dunia Berlin 2023

Muhd Zul optimis rangkul emas pada Sukan Olimpik Khas Dunia Berlin 2023

ByAdlina Rahman

KUCHING, 6 Jun: Atlet paralimpik Sarawak, Muhd Zul Adly Majeni optimis rangkul emas untuk negara dalam acara sukan Tenpin Boling pada Sukan Olimpik Khas Dunia Berlin 2023.

Anak jati Kuching berusia 27 tahun itu meyakini sesi latihan serta persiapan yang mencukupi bakal melayakkan dirinya pulang dengan pingat emas kelak.

“Dengan sesi latihan ia memberikan keyakinan kepada saya dalam sukan. Jadi untuk apa-apa persiapan saya akan meminta nasihat jurulatih untuk tahu apa yang terbaik bagi saya dan pasukan saya,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti di Bangunan Baitulmakmur 2, di sini, hari ini.

Mengakui bahawa dirinya berasa gementar untuk turun ke gelanggang kejohanan itu, Muhd Zul berikrar akan beraksi dengan terbaik sekali gus mengharumkan nama negara.

“Sasarannya ialah pingat emas bagi ketiga-tiga kategori. Saya percaya dengan pasukan saya dan saya percaya dengan double (Myron Khoo) saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhd Zul mendedahkan dirinya bakal menyertai kateghori Single, Double dan Unity Double bersama jurulatihnya sendiri, Myron Khoo.

Untuk rekod, Muhd Zul dilahirkan cacat intelek dengan kesukaran menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, menguruskan tekanan dan kebimbangan, serta berkomunikasi dengan jurulatih dan rakan sepasukan.

Selain Muhd Zul, atlet kelahiran Sarawak yang bakal beraksi ialah Agnes Tiong Hui Sing (Sibu) bagi sukan Ping Pong dan Sheena Ung Xin Ying (Miri) untuk acara sukan renang.

Kesemua mereka dijangka berlepas ke Berlin pada 12 Jun depan.

Sukan Olimpik Khas Dunia Berlin 2023 akan membuka tirai pada 17 Jun di Stadium Olimpik Berlin didahului dengan peringkat pembahagian pada 18 hingga 19 Jun dan  seterusnya mula berlangsung pada 20 hingga 24 Jun depan.

Sarawak mensasar untuk meraih masing-masing satu pingat emas, satu perak dan satu pingat gangsa dalam usaha menyumbang kepada sasaran Malaysia iaitu meraih keseluruhan tiga emas, dua perak dan satu gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan