Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta dinaiki tiga wanita remuk teruk di bahagian belakang selepas dipercayai dilanggar lori tangki di Batu 31, Jalan Stapang-Selangau pagi Selasa. Foto: BBP Selangau

Dua warga emas maut, kereta rempuh lori tangki

SELANGAU, 6 Jun: Dua warga emas wanita maut manakala seorang lagi wanita cedera parah dalam kemalangan melibatkan kereta yang dinaiki mereka dirempuh dari belakang oleh sebuah lori tangki di KM49, Jalan Sibu-Bintulu di sini, pagi tadi.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Kinun Anyum, 74, dan Lidin Meru, 60.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan (DSP) Saga Chunggat berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki tiga wanita terbabit dan sebuah lori tangki.

“Kemalangan berlaku semasa Proton Saga yang dipandu oleh wanita berusia 51 tahun sedang membelok ke simpang jalan di lokasi kejadian sebelum dilanggar dari belakang oleh lori tangki,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Menurutnya, susulan kemalangan tersebut, penumpang di tempat duduk belakang kenderaan terbabit disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, penumpang tempat duduk hadapan juga disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Selangau,” jelasnya.

Dalam pada itu kata Saga, pemandu lori tangki yang berusia 45 tahun itu disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saga menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau, Pegawai Bomba Kanan Abdul Malik Chi berkata seramai lapan anggota dari BBP Selangau terlibat dalam operasi penyelamatan yang ditamatkan pada jam 7.55 pagi itu.

“Pihak Bomba hanya mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk belakang kereta Proton Saga dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis Stapang untuk tindakan lanjut,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan