Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan: Bernama.

Projek sakit, terbengkalai: Task Force berjaya pulihkan 118 projek perumahan

ByNisa Kasnoon

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Sehingga 30 April 2023, Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai berjaya mengesan dan memantau 141 projek lewat, 481 projek sakit serta 112 projek terbengkalai, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau memberitahu, secara keseluruhannya, 118 projek perumahan swasta berjaya dipulihkan dan menerima Sijil Perakuan Siap dan Pemantauan (CCC).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20 projek melibatkan 2,749 unit berjaya dipulihkan untuk tempoh 31 Mac 2023 sehingga 30 April 2023 yang mana nilai pembangunan kasar (GDV) membabitkan jumlah RM2.722 bilion,” katanya.

Akmal Nasrullah berkata, Task Force tersebut terus meningkatkan usaha untuk mempelbagaikan kaedah pengesanan projek yang kini berstatus sakit mengikut umur (aging) sesuatu projek tersebut berada dalam kategori sakit serta jenis-jenis projek perumahan sama ada jenis bertanah atau bertingkat.

Beliau juga memaklumkan, tujuan pengesanan yang lebih terperinci itu bertujuan agar Task Force dapat mencari punca dan kaedah pemantauan yang lebih berkesan.

Pada masa sama beliau berkata, kerjasama erat bersama agensi teknikal merupakan usaha yang proaktif dan memberikan pengeluran (output) yang positif.

“Hasilnya dalam pertemuan Bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 22 Mei 2023 yang lalu, daripaad 44 projek perumahan swasta sakit yang mempunyai isu melibatkan TNB, 21 projek berjaya diselesaikan,” ujarnya dalam Sidang Media di Pusat Media Parlimen disini, hari ini.

Antara lain, pasukan Task Force akan terus mempergiat libat urus dengan agensi-agensi teknikal lain seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN, Indah Water Konsortium Snd. Bhd. (IWK) serta agensi teknikan lain mengikut keutamaan.

Beliau optimis, selain turun padang melawat tapak projek, pendekatan libat urus akan menjadikan projek perumahanan swasta sakit dan terbengkalai akan dapat ditangani dengan lebih efektif pada masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan