Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Henry Sum pada perasmian Pesta Nuba Laya di Limbang. Foto: TVS.

Lapangan Terbang Lawas baharu mula dibina pertengahan tahun ini – Henry Sum

LIMBANG, 5 Mei: Pembinaan Lapangan Terbang Lawas baharu yang amat dinanti-nanti penduduk di sini akan bermula pertengahan tahun ini di kawasan Sundar, Lawas melibatkan kawasan seluas 2,500 meter.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agung berkata, Kerajaan Sarawak dan Persekutuan sebelum ini telah meluluskan pembinaan projek berkenaan bagi mengantikan lapangan terbang lama yang kecil serta kerap dilanda banjir.

Henry berucap pada perasmian Pesta Nuba Laya. Foto: TVS.

Beliau berkata daerah itu amat memerlukan lapangan terbang baharu bagi menampung kemasukan pelancong, perniagaan dan aktiviti ekonomi yang menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di wilayah utara.

“Kami di Lawas memerlukan sebuah lapangan terbang yang baharu serta lebih besar, kerana mengambil kira keperluan masa depan.

“Syukur dan kita berterima kasih kepada pihak kerajaan yang sudah mempertimbangkan dan meluluskan sebuah lapangan terbang baharu iaitsu ia akan dapat memuatkan sebuah pesawat jenis Boeing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian Pesta Nuba Laya anjuran Persatuan Lun Bawang Sarawak Cawangan Limbang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Limbang di Batu Biah pada Jumaat.

Henry menerima cenderamata pada Pesta Nuba Laya. Foto: TVS.

Turut sama Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi, Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal dan Pengerusi Persatuan Lun Bawang Sarawak Cawangan Limbang, Frederick Lalong.

Henry menambah lagi kemudahan sebuah lapangan terbang baharu amat diperlukan penduduk di utara negeri ini susulan kedudukan Lawas yang terasing dan unik.

Sementara, ujarnya kerja-kera penyukatan tanah dan pampasan tanah telah dilakukan sebelum ini dan seterusnya kerja pembinaan peringkat awal akan bermula pertengahan tahun ini.

Lawas kini mempunyai lapangan terbang pendaratan dan pelepasan jarak pendek (stol), yang telah beroperasi sejak 1961 dan, walaupun dinaik taraf pada 1996, ia terus mengalami isu banjir serta peningkatan penumpang dan kargo.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan