Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Henry Sum bersama Penghulu Idris Kassim dan warga penerbitan sebuah syarikat penerbitan melakukan simbolik perasmian telemovie 'Igat Si Bujang Petani' di Kampung Dato Kuala Lawas. Foto: Adeng Idrus

Lawas jadi destinasi penggambaran ‘Igat Si Bujang Petani’ yang akan disiarkan di TVS

LAWAS, 11 Nov: Beberapa lokasi menarik di Lawas menjadi pilihan untuk penggambaran telemovie ‘Igat Si Bujang Petani’ yang akan disiarkan di TVS tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, Lawas mempunyai pelbagai destinasi menarik khususnya kepada pihak penerbitan filem, televisyen mahupun dokumentari melakukan penggambaran di daerah Lawas.

“Penerbit filem, telemovie atau dokumentari dialu-alukan membuat penggambaran di daerah Lawas, kita mempunyai banyak tempat menarik dan unik yang boleh dijadikan latar untuk drama televisyen mahupun filem.

“Kalau hendak membuat dokumentari, kita alu-alukan kerana masih banyak tempat menarik di Lawas ini yang belum diterokai untuk dipromosi kepada rakyat Malaysia dan luar negara,” katanya ketika menghadiri penggambaran telemovie di Kampung Dato Kuala Lawas bertempat di Tebingan Sungai Kuala Lawas hari ini.

Beliau juga menggalakkan mereka untuk menikmati sepenuhnya keindahan alam dan keunikan makanan tradisi di Lawas seperti ikan tahai dan beras adan.

Telemovie berjudul Igat Si Bujang Petani yang akan disiarkan di  TVS sedang melalui rakaman di beberapa lokasi menarik di Lawas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan