LAWAS,12 Dis: Lebih 80 gereja di sini mendapat manfaat daripada peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi melaksanakanĀ pembangunan fizikal dan menaik taraf rumah ibadat masing-masing.
Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong berkata bantuan daripada Kerajaan Sarawak itu adalah untuk menyediakan pembiayaan yang diperlukan untuk rumah ibadat termasuk gereja yang ada di Lawas.
Katanya selain UNIFOR, Kerajaan Persekutuan melalui pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lawas turut menyediakan bantuan dan sumbangan kepada lebih 80 buah gereja yang ada di Lawas khususnya ketika menyambut perayaan Krismas.
āMemang ada bantuan dari pihak UNIFOR untuk gereja-gereja termasuk di Lawas, saya berharap bantuan ini akan berterusan pada masa akan datang.
āSelain UNIFOR, kerajaan persekutuan turut menyumbang bantuan kepada gereja-gereja termasuk untuk perayaan Krismas ini,ā katanya ketika ditemui media pads Majlis Pra Natal dan Tahun Baru 2025 di Stadium Tertutup Lawas hari ini.
Terdahulu, majlis telah sempurnakan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini.
Dalam pada itu,Ā Henry Sum menyifatkan penubuhan UNIFOR oleh Kerajaan Sarawak telah menyediakan landasan tepat menyalurkan bantuan dana kepada agama-agama lain di negeri ini.
Melalui saluran ini, jelasnya agama-agama lain dapat memohon bantuan memperbaiki rumah-rumah ibadat selain membina baharu. -TVS.



