Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap dalam sidang media bersama kepimpinan Kerajaan Sarawak di Bangunan DUN di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

BKSS diskaun elektrik diteruskan enam bulan pertama 2023 – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 2 Feb: Kerajaan Sarawak akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) melibatkan diskaun bil elektrik sebanyak lima hingga 25 peratus untuk pengguna domestik, komersial dan industri bagi enam bulan pertama tahun ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan itu diambil bagi membantu rakyat dan komuniti perniagaan untuk mengharungi cabaran ekonomi pasca COVID-19.

Kata Abang Johari, inisiatif berkenaan melibatkan kos sebanyak RM200 juta.

“Inisiatif ini juga bertujuan untuk mengurangkan kenaikan kos sara hidup serta kos menjalankan perniagaan,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Yang turut hadir, tiga Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Abang Johari berkata, keputusan meneruskan BKKS untuk elektrik juga merupakan komitmen Kerajaan Sarawak dalam usaha memulihkan sosioekonomi dan demi kesejahteraan rakyat seperti pakej-pakej BKSS sebelum ini.

“Kerajaan Sarawak yang ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga akan sentiasa berusaha memastikan semua langkah yang telah diumumkan dalam pakej BKSS memberi manfaat kepada golongan sasar,” kata beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan