MCMC tidak mempunyai sebarang tribunal yang dinamakan dan beroperasi sebagai Tribunal MCMC, dan tiada juga kakitangan daripada Tribunal MCMC seperti yang didakwa.

Langkah interim bagi mengatasi keperluan capaian internet di Kampung Semawa, Pantu

ByDayu Adruce

KUCHING 2 Feb: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) akan mengambil langkah interim bagi mengatasi keperluan capaian internet di kampung Semawa, Pantu, Sarawak.

MCMC menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum isu menara telekomunikasi yang tidak berfungsi di Kampung Semawa, Pantu itu bagi tempoh lama seperti yang diketengahkan oleh pengguna media sosial baru-baru ini.

“Pembinaan struktur menara yang terletak 4.5 kilometer (km) dari Pekan Pantu tersebut telah siap dan kini di peringkat akhir rundingan komersil dengan pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat bagi penyediaan kemudahan perkhidmatan talian mudah alih 4G di menara tersebut.

“MCMC juga telah melaksanakan fasilitisasi bagi memudahcara proses rundingan antara pihak penyedia kemudahan perkhidmatan dengan pihak SDEC yang mana bertanggungjawab melaksanakan projek pembangunan menara telekomunikasi dan dibiayai Kerajaan Sarawak,” jelas MCMC menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di Cyberjaya hari ini.

MCMC turut memaklumkan menara telekomunikasi di kawasan tersebut disasarkan untuk beroperasi dengan perkhidmatan 4G sebelum penghujung tahun ini.

“Justeru, sebagai langkah interim, pihak SDEC sedang melaksanakan pemasangan peralatan perkhidmatan Wi-Fi di bawah inisiatif Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) di menara perkhidmatan Wi-Fi untuk komuniti sekitar Kampung Semawa, Pantu, Sarawak,” kata MCMC.

Penyediaan kemudahan Wi-Fi tersebut dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung Mac 2023.

Di bawah inisiatif JENDELA Fasa 1 pula, sejumlah 10 menara telekomunikasi baharu sedang dibangunkan di Sri Aman pada tahun ini, tambah agensi itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan