Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap di Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak. Foto: Salasiah Safian (TVS)

Sambut ulang tahun Sarawak Merdeka lebih awal, tahun ini

BySalasiah Safian

KUCHING, 1 Jan: Sambutan “Ulang tahun ke-60 Sarawak Merdeka dalam Malaysia” akan diadakan lebih awal pada tahun 2023.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat Sarawak di setiap pelosok Bumi Kenyalang merasai kemeriahan sambutan dan menjiwai makna di sebalik sambutan ini.

“Tarikh rasmi ulang tahun kemerdekaan negeri kita sebenarnya jatuh pada 22 Julai namun sambutan dan perayaan peristiwa ini akan berlangsung lebih awal.

“Insya-Allah, dengan berkat kerjasama antara pihak kementerian saya bersama rakan rakan di kerajaan Negeri, sambutan dan perayaan yang dirancang akan menjadikan tahun 2023 lebih meriah dan bermakna. Sebagai rakyat Sarawak, kita harus melihat sambutan ulang tahun ini sebagai landasan terbaik dalam menyemai semangat patriotik dan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Bumi Kenyalang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023, di sini, semalam.

Tambahnya, sambutan ini juga merupakan wadah untuk menyampaikan inisiatif-inisiatif kerajaan Sarawak melalui penganjuran pelbagai program atau aktiviti yang bakal dianjurkan dan dilaksanakan.

Pengumuman rasmi mengenai beberapa acara utama dalam sambutan dan perayaan ulang tahun ke-60 Sarawak Merdeka akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, katanya penganjuran majis sambutan di ambang tahun baharu ini telah dilaksana oleh Majlis Seni Sarawak (MSS) dan adalah hasil kerjasama di antara pihak kementerian dengan sokongan padu daripada pelbagai badan agensi kerajaan Sarawak, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), PDRM dan banyak lagi.

“Kejayaan dalam penganjuran acara tahun ini membuktikan jalinan kerjasama erat dan kesepakatan di antara pihak MTCP dan rakan rakan strategik dalam menjayakan penganjuran sambutan tahun baharu yang bertujuan meraikan kejayaan serta pencapaian kita di tahun 2022.

“Selain daripada itu, pengisian dalam aturcara majlis ini juga menampilkan beberapa persembahan kesenian, kebudayaan dan nyanyian menarik daripada penghibur dan pengiat seni tempatan serta mereka yang telah dijemput untuk serta,” ujarnya.

Sepanjang tahun ini juga, ujarnya rakyat Sarawak telah memberi sokongan padu kepada usaha dan inisiatif pembangunan Kerajaan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan