Wanita parah, tiga cedera ringan, dua kereta bertembung

MIRI, 1 Jan: Seorang wanita berusia 18 tahun cedera parah selepas kereta yang dinaikinya dipercayai terbabas lalu terbalik dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Baram dekat sini petang tadi.
Hati-hati, semak sebelum beli perhiasan ayat Al-Quran – JHEAINS

SEREMBAN, 1 Jan: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu sebelum membeli perhiasan khat ayat al-Quran di mana-mana premis.
Ahmad Zahid, Fadillah ucap Selamat Ulang Tahun ke-48 kepada UTK PDRM

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Md Yusof mengucapkan selamat ulang tahun ke-48 kepada Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disambut hari ini.
Masyarakat Miri digalak ambil bahagian dalam projek alam sekitar

MIRI, 1 Jan: Projek Dinding Hijau Miri (The Green Wall Of Miri) merupakan mercu tanda hijau dan tempat tarikan pelancongan baharu di Miri sekali gus memberi kesedaran tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat di bandar itu.
Rumah tanpa penghuni di Kpg Sealine, Lutong ranap terbakar

MIRI, 1 Jan: Sebuah rumah tanpa penghuni musnah terbakar di Kampung Sealine, Lutong dekat sini tengahari tadi.
Kebakaran Wisma Jakel: Unit K9 akan digerak esok

SHAH ALAM, 1 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor akan menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) esok bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini.
Tidak serik menagih dadah, lelaki ditangkap enam kali sejak 2018

SIBU, 1 Jan: Seorang penggangur berusia 34 di sini tidak serik menjadi ‘tahi dadah’ walaupun telah ditangkap sebanyak enam kali sejak 2018.
Perlu langkah segera pastikan keselamatan susulan penyebaran varian baharu COVID-19 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan dapat mengambil langkah segera dalam memastikan rakyat selamat daripada jangkitan varian baharu COVID-19 pada tahun ini, susulan ia telah dikesan di beberapa negara.
Waspada iklan tawar lesen memandu tanpa perlu ke kelas, ujian memandu

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan iklan dalam media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu.
Sabung ayam: Tidak sempat lari, empat warga emas ditahan

JULAU, 1 Jan: Empat lelaki warga emas ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pertaruhan sabung ayam di sebuah kawasan lapang di sini pada Sabtu.
