Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bangunan gedung jual beli tekstil terkemuka Jakel di Seksyen 7, Shah Alam yang terbakar. Foto: JBPM Selangor.

Jakel Shah Alam terbakar 80 peratus

ByBernama

SHAH ALAM, 1 Jan: Sebuah gedung jual beli tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7, di sini hampir musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata kebakaran berkenaan telah memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat itu, namun tiada mangsa terlibat.

Norazam berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada 7.08 pagi tadi.

Baca artikel berkaitan sini:

“Susulan itu sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus. Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata pasukannya kini dalam proses melakukan pemadaman bara-bara api pada timbunan kain dan jelasnya punca kejadian masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan