Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia seri paduka baginda yang dipertuan agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan payung yang menjadi penyatuan rakyat di negara ini.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keperibadian baginda yang mudah disenangi rakyat menjadi kunci utama keharmonian Keluarga Malaysia.

Agong kunci perpaduan dan penyatuan rakyat – Premier Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 6 JUN: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah umpama payung yang memayungi dan memelihara penyatuan rakyat di negara ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keperibadian baginda yang mudah disenangi rakyat menjadi kunci utama keharmonian Keluarga Malaysia.

“Kerajaan dan rakyat sekalian menjunjung kasih di atas kesudian  Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong yang telah mengadakan beberapa lawatan ke Sarawak pada tahun 2022 ini. Sesungguhnya ini menggambarkan Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong amat prihatin kepada rakyat Sarawak.

“Kebawah Duli Tuanku Tuanku umpama payung yang melindungi dan menyatukan seluruh rakyat tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik,” kata Abang Johari.

Abang Johari berkata berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Teh Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Dulu Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-16 pada Isnin.

Pada majlis tersebut Abang Johari menegaskan Kerajaan Sarawak dan rakyat di negeri ini memohon untuk menyembah ikrar taat setia yang tidak akan berbelah bahagi kepada baginda.

“Semoga Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong dan keluarga sentiasa dilimpahi taufik dan hidayah oleh Allah, dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan sejahtera selalu. Daulat Tuanku,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan