Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 13 kotak mengandungi 11,700 biji telur penyu bernilai RM109,250 dan menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 37 melalui operasi bersepadu Op Khazanah, Sabtu lepas.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 13 kotak mengandungi 11,700 biji telur penyu bernilai RM109,250 dan menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 37 melalui operasi bersepadu Op Khazanah, Sabtu lepas.

Sindiket jual telur penyu ke negara jiran tumpas

ByBernama

KUCHING, 6 Jun: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 13 kotak mengandungi 11,700 biji telur penyu bernilai RM109,250 dan menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 37 tahun melalui operasi bersepadu Op Khazanah, Sabtu lepas.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Dr Che Ghazali Che Awang dalam satu kenyataan hari ini berkata rampasan terbaharu ini dilakukan di sebuah premis di Lawas, 1,045km ke utara dari sini, kira-kira pukul 10 pagi Sabtu lepas.

Menurutnya kedua-dua suspek yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda ditahan sepasukan anggota dari Kompeni C Batalion 12 PGA Sarawak di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Merapok di Lawas sebelum telur-telur penyu dijumpai dalam kenderaan berkenaan.

“Kesemua telur penyu tersebut dipercayai untuk dipasarkan ke negara jiran,” katanya sambil menambah kenderaan yang digunakan dianggarkan bernilai RM80,000, turut dirampas.

Beliau berkata kedua-dua suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Lawas untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 29 (1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan