Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Debat : ‘Game On’, jawab Najib kepada Anwar Ibrahim

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 4 April : Debat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berlangsung dalam tempoh terdekat.

Ini kerana, menerusi Facebook, kedua – dua ahli politik itu saling menyatakan persetujuan.

Hari ini, dua jam selepas Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengatakan ‘ya’, Najib turut mengambil langkah sama sebentar tadi.

Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock!

“Saya minta pasukan Anwar dan Rafizi Ramli aturkan dengan media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan secara langsung,”tulis Najib.

Pada masa sama, Najib turut meminta ‘orang Anwar’ supaya berhubung dengan pembantunya untuk mencari tarikh sesuai dalam masa terdekat untuk kedua-dua pihak.

Begitupun, sebelum kedua-dua ‘bersemuka’ pada sesi debat yang dirancang itu, Anwar dan Najib mula melancarkan serangan awal berhubung isu Sapura Energy Berhad (SEB) yang akan menjadi topik pendebatan mereka.

Dakwa Anwar, Najib memilih mencabar beliau pada awal Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan Rafizi mengenai kemelut ‘bail-out’ SEB serta keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela.

” Saya bersedia untuk berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan Najib,” tulis Anwar.

Najib membalas dengan mengatakan beliau tidak memahami kenyataan Anwar berhubung cabaran debat pada awal Ramadan dan ‘kegagalan’ beliau menjawab pertanyaan Rafizi mengenai bail out SEB.

” Yang mula cabar untuk debat ialah Rafizi sehari dua sebelum Ramadan bermula, saya cuma sahut sahaja,”katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan