Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PGA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 12 LEMBU GUNA PERAHU
PGA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 12 LEMBU GUNA PERAHU

PGA gagalkan cubaan seludup 12 lembu guna perahu dari Thailand

ByBernama

PASIR MAS, 4 April : Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 12 ekor lembu bernilai RM67,000 yang disyaki diseludup masuk menggunakan perahu dari negara jiran, dalam serbuan berhampiran Kampung Tok Rusa, Meranti di sini, malam tadi.

Pegawai Pemerintah Medan Op Wawasan Kelantan Supt Azhari Nusi berkata dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, anggotanya yang membuat risikan telah menerima maklumat mengatakan ada pergerakan membawa masuk lembu dari negara jiran melalui Sungai Tok Rusa yang bersambung dengan Sungai Golok.

“Anggota PGA telah membuat pemerhatian dengan mengekori arah perahu itu dan melihat beberapa orang lelaki sedang menarik lembu dari dalam perahu ke darat.

“Menyedari kehadiran anggota PGA, kumpulan penyeludup itu bertindak melarikan diri ke arah Thailand menggunakan perahu. Pemeriksaan yang dilakukan di kawasan tebing sungai menemukan 12 ekor lembu disyaki baru diseludup masuk dari negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azhari berkata anggota PGA juga telah menunggu di kawasan tersebut selama sejam, namun tiada sesiapa yang datang menuntutnya.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Pekhidmatan Kurantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Menurutnya penyeludupan lembu ke negara ini semakin meningkat pada Ramadan ekoran permintaan daging yang tinggi oleh penduduk tempatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan