Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ANWAR SEDIA BERDEBAT DENGAN NAJIB ISU SAPURA
ANWAR SEDIA BERDEBAT DENGAN NAJIB ISU SAPURA

Anwar Ibrahim sahut cabaran debat Najib

Foto , Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 April : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan bekas Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya ambil maklum lontaran cabaran debat daripada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata Anwar menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata sikapnya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lepas kerana beliau pernah melontarkan cabaran yang sama kepada Najib tetapi tidak bersahut.

“Beliau (Najib) kini memilih mencabar saya di awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela,” kata Anwar.

Semalam, dilaporkan Najib menyahut cabaran debat bekas Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli tetapi ia juga perlu disertai Anwar.

Rafizi sebelum ini, mencabar Najib berdebat mengenai isu syarikat Sapura Energy Bhd (SEB).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan