Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PATI tinggal 20 tahun di Malaysia suspek bunuh

SIBU, 3 Mac: Lelaki yang menyerah diri selepas membunuh rakannya semalam disahkan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

Lebih mengejutkan, suspek berusia 50-an itu yang berasal dari Badau, Kalimantan Timur, Indonesia mengaku telah tinggal di negara ini selama 20 tahun tanpa dokumen.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, suspek kini direman selama 14 hari dan siasatan juga akan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Mangsa yang maut dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki pada tengah hari semalam berusia 44 tahun dan berasal dari Roban,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Dalam kejadian tengah hari semalam, difahamkan empat sekawan ‘melepak’ sambil menikmati minuman keras di sebuah rumah usang di Jalan Camar, dekat sini.

Berdasarkan pengakuan suspek, selepas minum arak jenis langkau, berlaku pertengkaran sesama mereka sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Suspek menyerah diri pada hari sama kira – kira pukul 4 petang di Balai Polis Sibu Sentral.

Sementara itu, Collin turut memberitahu, bedah siasat akan dilakukan dalam masa terdekat ini untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan