Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
mayat longkang saratok
mayat longkang saratok

Lelaki maut terjatuh dalam longkang

SARATOK, 3 Mac: Seorang lelaki yang terjatuh ke dalam longkang maut selepas gagal ‘keluar’ daripada saluran berkenaan di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mordani Tanin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat di belakang sebuah premis pada pukul 4 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik di situ katanya, polis mendapati keadaan mayat masih sempurna dan siasatan mendapati lelaki yang berusia 35 tahun itu merupakan rakyat tempatan.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang unsur jenayah boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.

“Ini kerana berdasarkan pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah premis berhampiran, polis mendapati mangsa terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

“Mangsa kemudian dilihat cuba untuk bangun namun gagal kerana keadaan longkang yang agak sempit,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan