Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muzium Budaya Borneo
Muzium Budaya Borneo (BCM). Foto: Gambar Hiasan

Facebook TVS siarkan siaran langsung perasmian Muzium Budaya Borneo malam esok

KUCHING, 3 Mac: Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijadual merasmikan pembukaan Muzium Budaya Borneo, Sarawak pada esok malam.

TVS menerusi Facebooknya akan membawakan siaran langsung majlis perasmian berkenaan.

Antara tarikan utama Muzium Budaya Borneo adalah Floor of Desire, Painted Caves, Sarawak in Motion dan banyak lagi.

Sejurus dibuka, ‘bangunan keemasan’ ini akan menjadi muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara.

Difahamkan, muzium ini juga menerapkan penggunaan aspek teknologi terkini bagi memberi impak yang lebih mendalam.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka akan turut hadir.

Sempena majlis perasmian, pertunjukan pemetaan projek yang akan dilangsungkan untuk memaparkan sejarah Sarawak.  

Lebih istimewa, Kerajaan Sarawak tidak akan mengenakan sebarang yuran masuk bagi tempoh tiga bulan pertama selepas perasmian.

Kepada mereka yang ingin melawat ke Borneo Cultures Museum, anda boleh membuat tempahan secara dalam talian menerusi pautan ini https://museum.sarawak.gov.my/page-0-0-170-BCM-Booking-Form.html  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan