KUCHING, 12 Dis : Sarawak akan memperoleh manfaat yang besar jika Datuk Bandar Kuching Selatan , Datuk Wee Hong Seng dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , kata Ketua MenteriĀ , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata Wee, calonĀ Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak adalah seorang Datuk Bandar yang berpengalaman dengan banyak idea bernas yang mampu membawa lebih banyak kebaikanĀ kepada negeri itu.
āAda orang cakap Wee seorang Datuk Bandar yang amat hebat, jadi mengapa tidak minta beliau untuk jadi Datuk Bandar sahaja. Jadi, saya cakap dia banyak idea, mengapa tidak beri peluang kepadanya untuk berada dalam DUN kerana semua orang di Sarawak akan mendapat manfaat.
āJangan pernah terpedaya dengan fikiran sebegini… jangan undi Datuk Bandar Wee, nanti kita akan kehilangan Datuk Bandar kita. Sebenarnya beliau boleh jadi ADUN dan pada masa yang sama, beliau juga boleh jadi Datuk Bandar,ā katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran projek pembangunanĀ semula kolam renang Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini hari ini.
Wee akan menentang Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, Pengarah Pilihan Raya Parti Bumi Kenyalang (PBK), Ā Raymond Thong dan PresidenĀ Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Lina Soo diĀ DUN Padungan.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pengundian pada 18 Disember ini.Ā -TVS
–



