Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak serah aset teknologi digital kepada TDM, pertingkat kawalan sempadan

ByNur Suhaida Muliyono

KOTA SAMARAHAN, 12 Dis: Tentera Darat Malaysia (TDM) di negeri ini menerima aset baharu daripada Kerajaan Sarawak bagi membantu meningkatkan serta memperketatkan lagi kawalan di sempadan negara.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penyerahan aset itu juga dijangka bakal meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan memperkasakan kawalan sempadan negara dengan mengguna pakai teknologi digital baharu.

“Selain itu, kerajaan negeri juga menyumbang peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berupa 20 unit komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet yang akan diletakkan di Pusat Digital dan Inovasi, Kem Muara Tuang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Aset Kawalan Sempadan Negeri Sarawak dan Penyerahan Pusat Digital dan Inovasi di Kem Muara Tuang di sini semalam.

Yang turut hadir , Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa, Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki Muhammad.

Sementara itu, Mardzuki berkata, beliau berharap penyerahan aset-aset tersebut akan dapat meningkatkan semangat dan daya juang anggota tentera untuk terus komited menjaga setiap inci persempadanan negara.

Selain itu katanya, tentera darat juga merancang untuk membina 13 lagi pos kawalan di sepanjang sempadan Sarawak pada tahun hadapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan