Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gedong kini berstatus daerah penuh – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

GEDONG, 12 Dis : Hasrat masyarakat di Gedong untuk melihat kawasan ini diiktiraf sebagai sebuah kawasan berstatus daerah penuh kini tercapai setelah Kerajaan Sarawak meluluskan permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Dato Naroden Majais pada September lalu.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata , keputusan itu diputuskan selepas melihat keupayaan dan hala tuju pembangunan di kawasan ini, yang sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk membantu masyarakat di luar bandar.

“Memang benar Dato Naroden telah membuat permohonan dengan saya untuk menaiktaraf Gedong sebagai daerah kecil namun saya putuskan untuk jadikan daerah ini sebagai sebuah daerah penuh kerana potensi dan tempo pembangunannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Gedong sebagai daerah di sini hari ini.

Abang Johari berkata, kawasan luar bandar di Sarawak akan berubah wajah jika terus ditadbir oleh kerajaan yang stabil seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika ini.

“Kita akan bangunkan bandar baharu di kawasan ini agar masyarakat di sini dapat mempertingkatkan ekonomi mereka,” ujarnya lagi.

Selain Gedong, terdapat empat lagi kawasan yang telah dinaiktaraf menjadi daerah berstatus penuh iaitu Sebuyau, Siburan, Lingga dan Pantu.

Manakala sebuah lagi kawasan iaitu di Balai Ringin telah menjadi daerah kecil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan