Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Simoi Peri turun padang bantu kempen Dayang Noorazah di DUN Lingga

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 12 Dis : Datuk Simoi Peri , bekas wakil rakyat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga membuktikan beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar apabila turun padang membantu kempen calon muka baharu , Dayang Noorazah Awang Sohor di kerusi berkenaan.

Simoi berkata, biarpun beliau tidak lagi menjadi calon, namun perjuangannya bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak terhenti di situ.

“Saya turut memberi taklimat kepada calon DUN Lingga berhubung kempen yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Ini semua atas dasar semangat perjuangan parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada PRN Ke-11 lalu, Simoi yang juga Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Lingga menang kerusi berkenaan dengan majoriti 2,943 undi selepas menewaskan Wan Abdillah (Bebas) dan Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR).

Dayang Noorazah yang menggalas harapan GPS untuk mempertahankan kerusi DUN Lingga kali ini akan berdepan saingan enam penjuru.

Beliau bakal dicabar oleh Abang Abdul Kassim Abang Bujang dari PKR, Dato Wan Abdillah Edruce Abdul Rahman, Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baha Imam dari Parti Bumi Kenyalang (PBK), Abang Mohd Sepian Abang Daud, Parti Sedar Sarawak (SEDAR) dan Mohd Sepian Abang Daud, Bebas.

DUN Lingga mempunyai kira – kira 9,578 pengundi berdaftar dengan hampir 64 peratus pengundi Melayu dan 31.5 peratus pengundi daripada kaum Iban manakala selebihnya pengundi Cina.

Sementara itu, Dayang Noorazah Awang Sohor yang mengulas perkembangan itu berkata, beliau berasa terharu apabila Simoi yang juga menjadi sumber inspirasinya tampil berkongsi idea ketika beliau berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

“Kehadiran Simoi memberi inspirasi kepada saya untuk menyambung legasi yang ditinggalkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana sudi turun padang untuk berkempen bersama sama,” katanya.

Dayang Noorazah juga berkata, kehadiran Simoi juga memberi peluang yang besar untuk penduduk kampung mengenali calon dengan lebih dekat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan