Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jumlah pekerja terhad di Bau punca masalah bekalan air

ByOdleen Catherny

BAU, 9 Sept : Jumlah pekerja penyelenggaraan yang terhad ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi penyebab utama Daerah Bau menghadapi masalah bekalan air, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep.

Beliau mengakui kebanyakan projek penaiktarafan di sini mengalami kelewatan terutamanya projek-projek yang melibatkan bekalan air.

“Projek masih diteruskan walaupun mengalami sedikit kelewatan.

“Sekiranya dilihat dari segi fizikal, pemasangan paip-paip air mungkin sudah mampu siap 100% namun kita masih mengalami kekangan dari segi bekalan air yang mencukupi.

“Saya sedar hal ini berpunca dari wabak COVID-19 dan juga PKP yang menghadkan penglibatan pegawai, penyelia dan pekerja-pekerja,” jelas beliau.

Tambah beliau, kebanyakan kawasan tapak projek turut ditangguhkan kelulusannya ekoran penutupan sementara banyak pejabat kerajaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan